Friday 15 June 2012

Andai itu ketentuanNya.


Kenapa Allah memberi kan kita hanya 1 hati? Mungkin ada hikmahnya. Jika kita gembira,hati itu lah. Jika kita berduka,hati nan satu itu jua. Dan…kerana itulah hanya sorang insan yang dapat kita cintai dalam 1 masa. Di awal, memang x di nafikan. Segala dan sumenye terasa mengasyikkan dan menyeronokkan sehingga ada yang terlari dari landasan yang benar. Kerana cinta sesame manusia kadang kala melalaikan.
Di akhir, ada yang berbahagia. Dan ada juga yang sengsara. Sengsara kerana cinta yang di impikan tidak kesampaian. Usahlah berduka, kuatkan ati..mungkin ada hikmahnya. Walaupun bersedih.teruslah tersenyum. Hanya senyuman penawar untuk hati yang berduka.
Andai bisa kita melihat masa depan itu, pasti xkan ada sedikit pun keraguan di hati. Andai mampu kita ubah jalan cerita hidup kita, pasti xkan ada setitis pun air mata kesedihan. Andai hari mendatang dapat kita lalui dengan kehendak hati kita, pasti bahagia menjadi milik kita.
Namun apakan daya, apa yang berlaku adalah kehendakNya. Sumenye telah ditentukan.  Kita hanya khalifah di muka bumi ini, kenapa tidak berusaha untuk terus memperbaiki segalanya menjadi elok walaupun takkan ada yang sempurna. Agar tiada yang terluka kerana kita. Maafkanlah seandainya aku jua tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment