Tuesday 16 April 2013

Sifat Alami Seorang Isteri

● Seorang isteri suka di dengarkan. Jadi kalau dia sedang marah, dengarkan saja. Kalau diladeni tujuh hari tujuh malam dia tahan bertengkar...!

● Seorang isteri suka Kelembutan. Jangan pernah sekali² kasar pada wanita, karena wanita bisa menjadi lebih kasar.

● Seorang isteri suka diberi kejutan² kecil. Tidak harus memberi emas berlian pada sang isteri, cukup kecupan mesra dikening, tapi penuh cinta dan lembut.

● Sentuhlah isteri Anda dengan kasih yang sesungguhnya. Kasih ini akan membuat seorang isteri memberikan cinta yang lebih.

● Berikan perhatian setiap saat. Ketika tidur pun sebenarnya Seorang isteri ingin diperhatikan. Ketersipuannya menandakan rasa senangnya diperhatikan.

 ( untuk kaum Hawa di luar sana )

● Kirim selalu kata² mesra yang menggoda. Walau kata² cinta terasa biasa, tidak bagi seorang isteri. Kata² “Aku kangen kamu sayang” atau “Sehari tanpa mendengar suaramu, aku bisa gila” atau “Hanya kamu yang membuatku tergila²” sudah cukup membuat hati seorang isteri melambung ke langit tujuh. Menggetarkan relung² hati dan jiwanya. Hanya saja seorang isteri menutupinya dengan kata “ach lebay” atau “ich gombal badai dwech.” (Ayo ngaku :-v)*

● Seorang isteri memang unik dan spesial. Sayangi dia, dan Anda akan mendapatkan ribuan kali lipat cintanya :-D


:: InsyaAllah..moga aku juga akan menjadi seorang isteri yang menyenangkan hati suamiku. Amin. :D

Friday 12 April 2013

Manfaatkan Tempoh Bertunang


Assalamualaikum...
Adakah blogwalker yang sedang membaca post ini sudah bertunang? Kalau belum pun xpe...silakan membaca...  :D
 Bertunang......
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.


Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


My Engagement Day : :-*
27 Oktober 2012
( sudah 5 bulan 16 hari : Semoga berkekalan selamanya, till Jannah....InsyaAllah )