Saturday, 18 October 2014

Kelebihan water pitcher shaklee - Penapis air

Assalamualaikum semua.. hari ni aien nak share mengenai water pitcher shaklee.. atau penapis air shaklee.. 
Jom kita kenali lebih rapat tentang PENAPIS AIR SHAKLEE

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat dengan menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula dan berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!


• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!


• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos


Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa


Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar

Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
PILIHAN DI TANGAN ANDA.
Keselamatan dan kesihatan keluarga. Menjamin kesejahteraan kita semua.

SAYA AGENT SHAKLEE BERDAFTAR.
AISYAH
SID : 1172158

PM/SMS/WHATSAPP 0145170737
FB : AIEN SYA
FANPAGE : PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN
WECHAT ID : AISYAHBAHAROMDIN
INSTAGRAM : @dress_shawl_new_koleksi4hers

Friday, 17 October 2014

Kelebihan Vitamin E Shaklee


1 kg  benih gandum || 500ml minyak safflower || 8kg bayam || 500g badam
=
400 UI Vitamin E

Nahhhhh.. boleh nak telan sebanyak banyak benih gandum, minyak safflower, bayam dan badam untuk mendapat keperluan Vitamin E harian secukupnya?? Mustahil kan?

Shaklee ada penyelesaiannya.
Apa yang membuat Shaklee berbeza ?
Ia dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara mebran sel, sel darah merah dan tisu tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina. 
Kelebihan Vitamin E Shaklee
  
- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
– Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
– Mengurangkan parut & masalah jerawat
– Mengurangkan tekanan darah
– Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
– Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
– Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
– Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
– Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
– Merendahkan kadar kolesterol
– Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
– Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
– Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
– Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
– Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
– Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu

Memang banyak khasiat dan manfaat Vitamin E Shaklee ini. Rugi sekiranya botol vitamin E ini tidak berada di dalam laci simpanan vitamin anda.

PM/SMS/WHATSAPP 0145170737
sID 1172158
WECHAT ID : AisyahBaharomdin

Thursday, 16 October 2014

Kebaikan Sustained Release Vita C Shaklee

You all tahu ke kenapa ramai yang tergila-gilakan Sustained Release Vitamin C Shaklee ni? Sebelum tu you all kena tahu apa kepentingan vitamin c kepada tubuh badan kita ni.


Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain. 


Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang  melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee


  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


SmS/whatsapp 0145170737

instagram : @dress_shawl_new_koleksi4hers

Facebook : Aien Sya
                 : Produk Kecantikan Dan Kesihatan

wechat ID : Aisyahbaharomdin

Shaklee ID : 1172158

Wednesday, 15 October 2014

10 Soalan Yang Sering Di Tanya Mengenai ESP Shaklee


Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?

Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.
Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein  atau ESP Shaklee ini untuk anda.

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak ialah RM150.

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
 
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya? 
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba.

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? 
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.


ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM
Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU.
Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.

Whatsapp/Telegram/SMS : 0145170737

Wechat ID : AisyahBaharomdin
Instagram : @dress_shawl_new_koleksi4hers
Facebook Page : Produk Kecantikan Dan Kesihatan

Tuesday, 14 October 2014

SHAKLEE : KEBAIKAN ESP

Assalamualaikum..
Hari nie aien nak share sedikit sebanyak tentang ESP.. Slaha satu produk terlajak laris shaklee. Apa tu ESP? Haa...jom kita baca..

ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. 

ESP membekalkan sumber protein. 
** Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.



Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?

-rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
-kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
-punca ulser perut + ulser usus.
-luka lambat sembuh akhirnya berparut.
-ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
-antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan -penyakit yang datang. Kurang ketahanan.

Kalau cukup protein pula?

-Macamana tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.


KEBAIKAN : ESP SHAKLEE

Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.





pm/sms/whatsapp/telegram 0145170737 ( Aisyah )

Monday, 8 September 2014

Produk Kecantikan Dan Kesihatan

Untuk lebih cantik, sihat dan menawan.. 

Bolehlah jenguk-jenguk page yg juga di FB - PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN.










SEKIAN. -kawan-kawan blh lah tlg promote juga ya NEW PAGE di FB tu. :)

Her's Collection - Dress dan Hijab Terkini.

Assalamualaikum semua follower dan kawan-kawan yg sedang blogwalking tu.. :)

Haa..kat sini..aien nak promote 1 page kat FB... HER'S COLLECTION - DRESS DAN HIJAB TERKINI. Untuk dapatkan baju dan tudung yg superb cun dengan harga yg berpatutan...

Sekian. 









Untuk dapatkan lebih banyak pilihan. Sila lihat di page FB - Her's Collection - Dress dan Hijab Terkini.

Wednesday, 3 September 2014

Let's support me.

Assalamualaikum kawan-kawan blogger semua... 

Haiii...lama bebenor aien tak update post nie.. Rindu pulak nak "berblog". Thanks utk follower baru dan tak lupa untuk follower lama...thanks for the support.. :D

Sebenarnya, takde lah sibuk sangat sampai tak sempat nak update my blog nie.. Tapi "line" yang takde.. Maklum lah duduk rumah je... And..baru 3ari cuba untuk berjinak-jinak dalam perniagaan... Hope kawan-kawan semua blh support my new page kat fB tu...

klik link di bawah :

https://www.facebook.com/pages/Hers-Collection-Dress-dan-Hijab-Terkini/688456424578721?fref=ts

( Her's Collection - Dress dan Hijab Terkini )

Oke la... sampai ketemu lagi semua... ^_^

Tuesday, 24 June 2014

Farewell With Love : KJMBP.

Alhamdulillah.. 
Diberi kesempatan untuk jemari terus menari di atas keyboard bagi berkongsi saat suka duka di KJMBP.

Syukur ke hadrat Allah. Telah tamat belajar dengan jayanya. Dan.. Alhamdulillah.. 100% kawan yang lain juga sama.

                  Haa....tak mau skema dah ! he he.. :D  So..hari nie.. Aien nak share sikit gambar dan satu video yang terhasil daripada 2% gambar yang terkumpul selama 2 1/2 tahun berada di Batu Pahat. Harap kawan-kawan follower semua terhibur. :)
Flower Girl ! ( 19 Jun 2014 )

Kumpulan 6 yang sangat sporting.. Selama 2 1/2 tahun bersama di dalam 1 group.

Kawan-kawan semua.. Semoga apa yang kita kecapi hari ini menjadi permulaan yang baru untuk kita melangkah ke arah yang lebih maju. Terima Kasih Puan.. Atas segala tunjuk ajar yang di beri. :) Now, enjoy the video. ( farewell..with love )





Monday, 21 April 2014

Berikan Aku Kekuatan

Assalamualaikum..

Sebenarnya, post aien hari nie..lebih kepada soal perasaan. :) Nak tau kenapa? Sebab jiwa tengah kacau sekarang. #-o Adoyaiii..tiap kali exam menghampiri, keserabutan pun mula menguasai. Dan, di sebabkan itulah tajuk post kali nie.. "Berikan Aku Kekuatan". :)

Dah buntu macam mana nak di luahkan. Ibarat ditelan mati mak, di luah mati bapak. L-) Walaupun ego menguasai diri, tapi rasa rindu tu tak dapat untuk di abaikan. Seikhlas hati, rasa sayang tu tak pernah pudar. Tapi makin lama, rasa jauh tu makin terasa.

Sebak dalam dada, tak boleh nak di bendung. Sampai terkeluar jugak air mata. Maaf.


Wednesday, 26 March 2014

Salam Ukhwah ( KD Parit Salam )

Assalamualaikum W.B.T ...

             Tiga bulan berlalu tak ku sedari, esok genap 3 bulan aien berpraktikal di Klinik Desa as a public nursing. Sangat banyak yang di pelajari. :) Tiba-tiba rasa sayu..sebab esok ( 27 Mac 2014 ) adalah hari terakhir untuk menjalani kursus di klinik itu. Apaper pun, terima kasih untuk JM Azian dan JM Roziana atas tunjuk ajar yang diberi. Tak lupa juga kepada KJ Hayati, as a Clinical Instructor. <3

Well..macam biasa..meh aien share 1% gambar selama berada di KD Pt.Salam. HeHeHe.
JM Azian & JM Roziana

Then, scroll down pic kami berSelfie. ;-)






Terlalu banyak kenangan yang tercipta. Walau hanya 3 bulan, sudah cukup untuk patri sebuah kenangan yang terindah. #Mmmuahaha. And the last but not least, sebagai tanda kenang-kenangan..haruslah ada cenderahati.. Nah ! Untuk kamu ----->

Semoga ukhwah kita hingga ke Jannah. :) Maaf andai ada terguris rasa. Halalkan andai ada terambil harta benda. :: Pyyda, Hanis, Saliha ::

Monday, 24 March 2014

Happy Birthday To Me !

Assalamualaikum ! <3

Pejam-celik-pejam-celik,,tak terasa umur aien dah pun genap 22 tahun. ( Sebenarnya dah 22 tahun  3 hari ) >.< Oh ya..sebelum tu..maaf kawan-kawan blog a.k.a my follower semua, dah lama sangat tak update blog nie. Maklum lah busy dengan praktikal. 3 bulan okey..bukan kejap tu. Tapi Alhamdulillah..syukur sangat..tinggal lagi hanya beberapa hari untuk menamatkan praktikal. Dan lagi 3bulan jugak, untuk aien graduate. Wish me luck, guys !

Well..berbalik kepada topik kita,, 21 Mac 2014..genap umur 22 tahun. And..yang aien nak share sangat dengan korang...i've got surprise birthday party  ! HaHaHa.. Teruja giler ! Sebabnya...dah lama sangat orang tak buat surprise gitu. :'(

Meh kita tengok gambar sikit !

Haaa....tengok ! Walaupun simple, tapi cukup bermakna. Bermakna, untuk dijadikan kenangan terindah. MmuuuaHaHa... Skema SudA.

Apa pun...thanks a lot untuk korang !
Again.. Happy Birthday to Me.. Happy Birthday To Aisyah.. 
Happy Birthday To Me.......! :)