Tuesday 11 December 2012

Diari Kehidupan

Assalamualaikum..
Hari-hari yang berlalu
Betapa tak mungkin berulang lagi
Pergi bersama
Detik-detik indah kehidupan
 Lalu dimamah sepi
Tinggal kenangan
Sesekali kukutip jua
Nostalgia lalu
Kugenggam menjadi satu
Teguh dan padu
Agar menjadi lebih bermakna
Catatan sebuah diari kehidupan..
Dari : Aisyah Baharomdin
 



Saturday 8 December 2012

The Mistake !

Assalamualaikum...

:: Jangan lah kau panggil aku lagi, tuk ada di sisimu. Janganlah kau kenang aku lagi. Kerana ku telah pergi. Hapus aku di hatimu..jagalah selalu dirimu seperti kau menjagaku..disaat kita bersatu dulu. ::

Disebabkan sepotong ayat, seseorang yang ikhlas kita sayang bisa terluka. Walaupun terkadang ayat itu hanyalah terbit di kotak fikiran kita..tidak terlintas di hati kecil untuk melukai sesiapa. Oh Hati ! Be alert..
Hmm…tapi..kita manusia takkan pernah terlepas dari melakukan kesilapan..disebabkan itulah we should learn from the mistake..
Kita merancang, Allah juga merancang..tapi perancangan Allah itu jauh lebih baik. Bila saya terjatuh dari landasan, Dia bangunkan saya. Bila saya tersesat, Dia memberi cahaya melalui liku-liku kehidupan. Terima kasih Ya Allah…sungguh indah kehidupan ini..
 
Andainya tiada ujian dariMu, pasti ramai yang tersasar dari arah tujuan kehidupan ini.

 .**, ,**.
 *.   * .*
    *. .*
      *   Untuk insan tersayang…saya sayang awk selamanya..kerana Allah.
Moga awak yang terbaik untuk saya.
 "Cinta itu tidak pernah disedari, sehingga tiba saat perpisahan."

Friday 30 November 2012

Bila Hati Kecilku Bersuara...

Assalamualaikum...


Kenapa hati ini sering di landa keresahan…? Yang aku sendiri tidak pasti apa puncanya. Aku mengharap kan ketenangan akan menjengah di gerbang hatiku. Namun, acap kali itu juga harapan hanya tinggal harapan. Di manakah puncanya? Apakah silapnya? Mengapakah harus begini? Tidak kah aku layak untuk merasai kebahagiaan? Bila kah semua ini kan berakhir?
Ya Allah..sesungguhnya Engkau lebih memahami apa yang ada di dalam hati kecil ku ini.. engkau mengetahui setiap apa yang bermain di mindaku. Aku mohon ya allah..kau tabah kan lah hatiku. Kau ikhlaskan lah aku untuk berdepan dengan cubaan hidup ini.

Terkadang…aku terlalu lemah untuk terus melangkah ..sehingga kan aku terduduk..dan tidak mampu lagi untuk berdiri. Jika ini adalah jalan hidupku yang telah engkau tetap kan..aku pasrah..aku redha dengan ketentunMu ya Allah.. hanya ku pinta..beri kan lah aku kekuatan untuk aku terus melangkah menempuhi badai kehidupan yang aku pasti tidak akan ada akhirnya..sehingga ajal kan menjemputku.
Jika itu yang terbaik untukku..akan ku jadi kan ia kenangan yang terindah dalam hidup ku.. walau teramat pahit untukku telan.. Dan..walau siapa pun jodoh ku..di mana pun dia berada.. jika dia adalah baik untuk agamaku..baik untukku..dan jua dapat membimbingku ke jalanMu.. kau dekatkan lah jodoh kami ya Allah.. 

Semoga aku tidak akan pernah mengeluh dengan setiap cubaan yang engkau berikan..dan aku mampu tersenyum..walau pun terlalu berat ujian yang terpaksa aku galas. Kerana aku percaya..Kau tidak akan membebankan hambaMu.. kau tidak akan menguji hambaMu…jika dia tidak mampu untuk menghadapi nya.