Wednesday 27 November 2013

Diari Seorang Jururawat

KopiPes dari seorang rakan facebook.;)

UNTUK SUAMIKU
Maafkan jika setiap 2minggu kita tak dapat tidur sama kerana syif malam.Kadang2 abang yang tolong masak.Tolong jaga anak.Bertuahnya mendapat suami seperti abang.Maaf juga cuti tak menentu,bukan macam cikgu cuti Sabtu Ahad,kita keluar makan angin pun masa bukan musim cuti sekolah..tak meriah kan.......

UNTUK ANAK-ANAKKU
Maafkan mama yang tak banyak masa untuk anak2 mama.Balik sekolah mama pulak kerja petang.Kena tinggal dengan pengasuh kala papa pun kerja.Seawal 6pagi sebelum budak2 lain bangun, mama dah kejutkan anak mama untuk ke rumah pengasuh sebab syif pagi mama bermula seawal 7am, kesian kan...bukan seperti pekerja ofis pukul 8am

UNTUK IBU BAPAKU
Maafkan anak mu ini kerana tatkala anak2 mu yang lain berkumpul pada Sabtu Ahad anak mu seorang ini tidak dpt bersama kerana tugas kami yang tak tentu cuti.Pada hari raya pula kami berkerja, selepas habis suasana raya baru la muka kami kelihatan....Kami cium tanganmu bukan di pagi raya pertama......

UNTUK SAUDARA MARAKU
Maafkan ku kerana tidak dapat hadir jika ada kenduri kendara saudara mara kerana tugas kami tak seperti orang lain,masa orang cuti kami berkerja,masa orang lain berkerja kami cuti, mana ada orang yang nak buat kenduri masa hari berkerja awam...

UNTUK PENGASUH ANAK ANAKKU
Maafkan kami kerana terpaksa mengganggu tugas harian dengan kerenah anak2 kami. Kami minta pula tolong faham kerjaya kami yang tak boleh cuti dengan tiba2,mana kami nak letak anak2 kami jika tiada anda..tolong faham juga pengasuh bukan mengasuh anak cikgu yang boleh cuti panjang2 sampai sebulan dua..kami jururawat yang bekerja syif yang membuat pengasuh ngeri utk bersetuju untuk menerima tawaran mengasuh...ramai kata anak misi ni aktif2..terlebih ubat kot...entah aku tiada jawapan..terima kasih kerana sanggup jadi pengasuh anak misi......



Itulah luahan hati seorang jururawat.. Untuk my hubby..semoga dapat bersabar dengan segala ujian dariNya. Aamiin. :)

Saturday 16 November 2013

Sedarlah wahai Suami

 

Saya harap tulisan ini mampu menyedarkan para suami.

En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.

Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.
En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.

Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.
 En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.
En suami : .... tapi kan ustaz....

Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak fikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.

Friday 15 November 2013

Mencari redha Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera aien ucapkan kepada semua blogwalker dan juga follower aien yang setia.

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk aien terus mencoretkan sedikit sebanyak post untuk dikongsi dengan sahabat semua. :)
 Dua tiga hari lepas, aien ada terjumpa satu blog, dan empunya blog itu telah pun kembali ke rahmatullah. Al-fatihah.. Yang membuatkan aien tertarik untuk terus membaca blognya, bukan kerana blognya cantik ( walhal memang cute blog laa.. ), tapi kerana post yang dikongsi untuk sahabat semua. Sekarang, blog itu di "handle" oleh mama  Allahyarhammah. Walaupun telah tiada di muka bumi ini sekian lama, tapi  Allahyarhammah sentiasa di ingati oleh rakan-rakan, keluarga, saudara dan tak terkecuali guru yang pernah mengajarnya.

Apakah aku juga akan sentiasa di ingati dan di kenang walaupun telah tiada nanti?
Semoga Allah membuka pintu hati kita semua untuk terus berada di jalanNya.. Jalan golongan yang diredhai. Aamiin..

Menggemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya, di dunia dan akhirat sana.  Sedangkan zuhudkan dunia itu  akan merehatkan tuannya di dunia dan akhirat. Subhanallah..
Untuk kawan-kawan yang ingin mengenali dengan lebih dekat siapakah yang aien maksudkan.. bolehlah mengunjungi blog Allahyarhammah Yasmin Johan Eusoffe @ Yasmin J Hunwick. --->




Monday 11 November 2013

Erti sebuah persahabatan

“Untuk Sahabat”

Air mata kian terurai..
Saat ku membaca dan meresapi,
Setiap kata yang kau tulis sahabat..
Banyak yang harus kupelajari darimu..
Ketegaranmu..
Kepolosanmu..
Kesetianmu terhadap perasaan..

Hebatnya seseorang yang menghiasi kehidupanmu..
Mengajarkanmu..
Membimbingmu..
Melindungimu..
Hingga menjadikan kau malaikat bagi setiap orang.. 
Sahabat..
Aku terlalu mencintai ketegaranmu dalam kelemahanku..
Aku terlalu mencintai kepolosanmu dalam kedewasaanku..
Aku terlalu mencintai ketulusanmu dalam penantianku..

Sahabat..
Ajarku selalu bahasa kalbu..