Wednesday 24 August 2011

Buka Puase ngan Kekawan :)

Lagi 4 or 5 ari ramadhan akan meninggalkan kite semua... Dan akan datanglah syawal menjengah hari-hari kita selama sebulan..
Waaaa.....xsabarnye nak sambut ari raye... Hmm....alhamdulillah...dengan izinNya kita dapat jua menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan di bulan puase dgn penuh kesabaran dan keimanan kepadaNya.
Dan..sebelum berakhirnya ramadhan,,, Sempatlah aien berbuka puase ramai-ramai..dengan kwn2 satu kelas jew la...hehe.. Semua nie idea n cadangan wakil kelas kitorang la...Muhammad Arif Kamaruzaman..n sorang lagi pensyarah sporting kitorang.
Cik Syazwani..hehe.. Kat sini aien ade post beberape keping gambar time berbuka 2...
And ade la jgk pic aien and ag 2 orang buddy aien 2 wat ''photoshoot SS''..haha..
Jom kite tgk sesama...


Cuba korang teka mne 1 lecturer kitorang....? hehehe...sume cam same umo jew kan... tu la orang panggil aweK muda...hahaha.. Yg kat sebelah aien tu la...pakai baju wane grey kowt.. :)
 Time nie kitowang da xtaw da nak g pusing katne.. So..kitorang pown duduk ar lepaq dulu kat tempat nie..penat weiii................

 Hehe..MODEL OF THE YEAR. Jangan lupa undi nanti.... :)
 Ha..nie sowang ag...posing jew keje.... Jangan marah yewp....
That's all yang aien boleh kongsi utk kali nie.... Oke....SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua kawan-kawan aien.. Di kesempatan nie jugak aien nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada yang terase ataupun sakit hati dgn aien... Sama ada dgn sengaja mahupun tidak... 0-0.. <3

Tuesday 23 August 2011

Tamat Suda Our kursus... :)

Sume pic-pic nie time kitorang baru jew abiz kursus watblog nie.. haha.. Kirenye..kitorang sume nie 'baby' lagi la dlm hal-hal blog nie... Sempat ag posing sementara nak baleq nie.. Gambar kenangan tu,,,,,,,,, Hahax.....
Actually ramai ag...tapi yg nie jew yg terover sporting cket.. :) So..pic dowang jew la ad..






Ha...tu lah pic kitowang sempat ambik before masing-masing balik...hehe.. Thanks to Encik Faizal yang bagi kitorang peluang utk jadik blogger nie..... Peace..!!!!

CeriTera FamiliKu tercHenta.

Ha....kali nie aien nak citew cket pasal famili aien... Semua orang pun pasti ad famili t'syg dorang..kan? Sama jgk mcm aien..hehe.. Aien ad ramai famili... :) Mmg best famili rmai..nak taw kenapa? Hehe..terutama time raya.mmg kecoh satu rumah dengan gelagat masing2. Ha...xlama ag da nak raya pulak da....haha..x sabar nye... Tapi..1 jew yg xbest....makin besar, makin kurang pulak dapat dwet raya.. :(
Oke la..jom kite tgk cket wajah2 famili aien nie..haha... Skema cket ayt 2..
Oke..pic yg fisrt ckali nie...pic my beloved parent. hehe..garang x nmpk muke ayah aein? Ala,,,muke jew garang 2..tapi hati baek... Kalau mak aien 2 tegas la jgk,, Tapi bertempat la... So....dua2 kire oke la....sporting law kena ngn cara..
Ha..yg nie pulak pic kakak yg slung bersama abg ipar... Pic nie time raya tahun lpas...2010. Dia bwu ad sorang daughter..  Nak tgk? Sabar lah...kat bwh2 cket aien letak pic dy ek.. :p Xlama ag this famili akan ad ahli baru..haha...
yg nie plak kakak aien yg no.2.... Abg ipar aien yg nie aslnye dari Pahang..hehe.. Yg sulung tadi orang kelantan..  Kakak aien yg nie pown xlama ag akan menimang cahaya mata.. Xsabarnye.. Dapat 2orang anak sedare nnt...hahax..
This my third elder sister...2 pulak husband dy... Huhu....in my famili chart..no 1,2 n 3...sume nye kakak.. N sumenye da kawen... Huhu..
Ngee..yg nie la abang aien.. Anak laki sulung dlm famili.. Hehe...dy nie nak kte tegas..xjgk.. nak kate garang pown..xjgk.. Xtaw la nak ckp cmne... tapi biase lah kan..anak laki sulung..maybe rasa tanggungjawab 2 ad..kn? tu la kowt dy cam nak2 garang cket..haha.. Yg nie blom kawen ag...
Nie name dy E-one.... Yg nie xde la garang cgt..n xde la sporting cgt.. 50 / 50 ... hahax.. Skunk dy kje kat Selangor.. tapi blh di katekan tiap2 bulan dy bleq..haha.. Rndu cgt kat famili kowt..haha.. Nie pown pic time raye tahun 2010..equal tahun lepas...ngeee......
Nak taw x nie cpe?... Inilah Nor Aisyah... a.k.a aien or something else...sYa pown bleyh..ecah pown bleyh... Korang taw kan cpe? So...xyah la aien explain panjang2....hehex..
Aha.....yg nie adeq laki aien... baru form5 tahun nie..tapi nmpk mcm abg aien pown ad.. Kalau jalan dgn dy..msti orang ingt pakwe.. Cmpai kn mule2 kitorang pindah skolah dlu...aien jumpe dy kat kntin.. Sume tanya..dorang ingat kitorang couple...haha....lucu kan...
Yg sebelah kiri 2 adeq ppuan aien yg bongsu...n sebelah kanan pulak yg ke2 bongsu... Masing2 masih di sekolah rendah... N dua2 pown dgil.. haha..budak2 biase la kan... Tapi time hot2...kena jew mrh.. :p


Ha..nie lah gambar anak sedare aien.. N cucu sulung utk ma ngn ayh aien...hehe.. Gmbr kat ats 2 mse dy kcik.. n kat sebelah nie rye tahun lpas..skunkda umo 4tahun da.. Aish,,,nakal nye mmg t'amat cgt la...Degil pown ad.. Maklum ar.. sume duk manja kn dy sowg jew...kan?




Itulah semua ahli famili aien...9 orang adeq beradik...hehe... Hope korang semua enjoy..!!

Monday 22 August 2011

Fahamilah.....

Sumenye macam dah jadi xkena.. Xtaw di mana silapnye... Flow of real life mmg jauh berbeza jika di bandingkan dengan perjalanan cerita di dalam sebuah novel.. Adakah hidup sebenar akan bahagia di akhirnya? Hanya Tuhan Yang Tahu.

Aku tidak mengharapkan seseorang yg sempurna untukku.. Cukuplah seseorang yg membuatkan aku rasa sempurna apabila dengannya. Aku tidak mencari kemewahan..Tetapi..biarlah aku dapat merasai kebahagiaan.. Aku tidak mengukur paras rupa..Asalkan sejuk mataku tika memandangnya..

Tidak selamanya kemanisan itu akan kekal hingga ke akhirnya... Dan tidak semua kepahitan itu akan berterusan sehingga ke akhirnya.. Ketahuilah...setiap yang berlaku..Allah telah aturkan segalanya... Dia tidak akan menguji hambaNya, Jika hambaNya tidak mampu untuk menggalas cubaan itu.

Saturday 20 August 2011

CerPen Cinta

Biar cinta terhalang gunung dan samudera
Aku tetap memegang janjiku padamu
Biar jurang yang terjauh ada di depanku
Takkan goyah sumpahku terhadap dirimu
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Biar cinta
Diuji lautan yang bergelora
Aku tetap menjulang namamu di jiwaku
Kita bagai bulan dan bintang
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Tersentak hatiku ketika mendengar lagu dendangan Phyne Ballerz. Lantas aku kesat air mata jernih yang mengalir membasahi pipi gebuku. Hatiku terguris tanpa berdarah. Sejenak itu aku teringatkan seseorang yang pernah mendiami hati ini.
“Ree, janganlah lari!”
“Aku nak tengok jugak”

Itulah detik istimewa buat kami. Dulu, betapa hati ini membenci dirinya. Usahkan panjang, poyo, gila, semua seranah dan cemuhan aku telah memakinya. Tapi, benarlah kata orang tua-tua, orang yang paling kita benci suatu ketika dulu tidak mustahil akan menjadi orang yang paling kita sayangi. Kami sering bergaduh. Aku sering mencari kesalahannya. Dia pun berkelakuan begitu. Tanpa aku sedari, dalam diam hati ini berbunga-bunya setiap kali melihat anak matanya. Kami sedar kami sentiasa bergaduh. Tetapi kami menjadi malu sesama sendiri apabila cinta mula berputik. Kalau dulu, mulut inilah yang sentiasa membawa berita buruknya, tetapi kini mulutku terkunci rapat. Hairan juga sebab dia juga begitu. Ah, apakah yang sedang dia fikirkan? Kenapa aku sentiasa memikirkan tentang dirinya? Kami semakin rapat. Bermula dari situlah, kami sentiasa berhubung.
“Ally, sekiranya aku meminta sesuatu, adakah engkau akan berikannya?”
“Apa pulak ni Ree? Katakan, Insya Allah aku beri”
“Sejak aku berkawan dengan engkau, hidup aku sentiasa disinari cahaya. Engkau seorang sahaja yang memahami aku. Sekiranya aku meminta engkau menjadi teman sehidup semati bersama aku, engkau terima?”

Ya Allah, apakah benar apa yang aku dengar ini? Yahoo… Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti diriku. Aku masih terkejut. Tiba-tiba, kedengaran Azri mengulangi namaku.
“Ree, kiranya perhubungan ini memberi kebaikan untuk kita, aku merelakannya”
“Terima kasih, Ally”

Sejak peristiwa itu, hubungan kami semakin rapat. Kami tidak belajar dalam sekolah yang sama. Jadi, telefon bimbitlah penghubung kami. Aku mengaku sejak aku menyayangi dirinya, hidupku semakin ceria. Dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Dia juga mendorong aku agar lebih cemerlang dalam akademik.
1 Oktober 1997 – Aku dan ayah pergi ke Institut Jantung Negara (IJN). Sudah hampir 10 tahun aku menghidap penyakit jantung.
“Penyakit awak tidak dapat dirawat melainkan dengan pembedahan”
Aku menjadi sayu apabila Doktor Mazwin memberikan laporan pemeriksaan terhadap jantungku. Aku mengkhabarkan berita ini kepada Azri. Azri turut simpati terhadap nasibku. Azri memberikan nasihat dan semangat kepadaku untuk terus berjuang.
Alhamdulillah, hayatku untuk terus hidup di bumi Tuhan masih panjang.
3 Januari 2005 – kami diijab Kabul menjadi sepasang suami isteri yang sah. Hidup kami bertambah bahagia. Kami hidup senang dengan hasil usaha yang kami perjuangkan di bangku sekolah.
1 Jun 2006 – Kami menimang cahaya mata. Betapa indahnya ciptaan Tuhan dengan mengurniakan dua orang cahaya mata yang kembar buat kami. Sungguh comel dan montel pipi mereka. Apa yang lebih menarik , anak kami kembar lelaki dan perempuan. Aku berazam untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluargaku.
2 Oktober 2007 – Ketika asyik aku melayan kerenah anak-anakku, jantungku seolah-olah ditikam. Tanganku terus menekan-nekan dada kiriku. Aku cuba mencapai telefon bimbit untuk menelefon suamiku. Tiba-tiba duniaku malap dan gelap. Sesedar itu, aku terlantar di atas katil. Dua orang anakku tidur lena di katil mereka. Di sisiku Azri, suamiku tersayang. Raut wajahnya yang penuh keresahan dan keletihan terlena dibuai mimpi. Aku mencapai jam tangan, pukul 7.00 malam. Aku terus bangkit dari katil dan membersihkan diri. Kemudian aku menuju ke dapur untuk membuat sajian makan malam. Malam itu Azri memberitahu bahawa doktor menyatakan supaya aku dibedah dengan segera kerana jantungku kian serius dijangkiti kuman. Demi keluargaku yang tercinta, aku pasrah dan terpaksa menghadapinya jua.
Doktor menetapkan 9 Oktober tarikh pembedahan akan dijalankan. Malangnya, 7 Oktober Azri berada di luar kawasan kerana menjalankan tugas. Tetapi Azri berjanji akan menemaniku di bilik pembedahan. Dengan semangat yang tidak putus-putus Azri berikan,aku terasa terkilan sekiranya itulah kali terakhir aku melihat dunia Tuhan. Inginku dakap kesemua ahli keluargaku. Aku tiba di bilik pembedahan, kelibat Azri masih tidak kelihatan. Doktor terpaksa menjalankan pembedahan tepat pada waktu yang dirancangkan. Aku disuntik kemudian tidak menyedarkan diri.
Terasa berat mataku untuk dibuka. Aku terus berusaha sehingga mataku berjaya dibuka. Aku melihat mama sedang mendukung Addy dan ayah sedang mendukung Adlina, kedua-dua anak kesayanganku. Hatiku menjadi sayu apabila mendapati Azri tidak bersamaku saat itu.
“Mama, Ree mana?”
Mama hanya mampu menangis. Aku hairan seketika. Anak mataku memandang tepat ke wajah ayah. Ayah mengusap rambutku sambil berkata,
“Ally, Azri suami yang baik. Dia sanggup buat apa sahaja demi rumah tangganya. Dia meminta maaf sebab tidak dapat menjenguk Ally. Tetapi, dia ada di dalam diri Ally saat ini”
Aku terpinga-pinga kehairanan. Drama apakah yang sedang berlaku?
“Ketika Azri menuju ke hospital dia terlibat dalam kemalangan. Ally bernasib baik kerana Azri dimasukkan ke dalam hospital yang sama, di sini”
Terang mama sambil tersedu-sedan. Aku benar-benar terkejut. Aku ingin bangkit dari katil tetapi tubuhku sangat lemah.
“Mama, ayah, Azri mana? Suami Ally mana??”
Air mataku sudah membasahi pipi. Aku benar-benar rindukan suamiku yang tersayang. Tidak pernah aku merasakan rindu sedalam itu. Ingatanku masih jelas kali terakhir aku bersalaman dengannya. Azri memeluk tubuhku dengan erat dan mencium dahiku. Terasa lebih selamat apabila berada dalam dakapannya.
“Ally, Azri sudah meninggal. Dia telah mendermakan jantungnya kepada Ally. Itu permintaan terakhir darinya kepada doktor ketika dia sedang tenat di bilik pembedahan. Tuhan lebih menyayangi dia, Ally”
Otakku seperti bergegar. Betapa pilunya hati ini kehilangam orang yang palingku sayangi. Air mataku tidak henti-henti membasahi pipiku.
“Abang, wajahmu, namamu, senyuman dan gelak tawamu tidak akan terpadam dari ingatannku”
Bisik hati kecilku. Aku berazam akan membesarkan anak-anakku dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat mereka. Demi impian aku dan suamiku yang telah sekian lama dinanti-nantikan.
“Tuhan, sekiranya kau pisahkan aku dengan suamiku yang amat aku sayangi sepenuh hatiku, aku terima. Tetapi janganlah pisahkan aku dan anak-anak kesayangku”

Friday 5 August 2011

KenAnGAn bERsama TemAn-tEman!

Kenangan bersama kawan-kawan aien...
Kenangan bersama diaorang semua banyak mengajar aien erti sebenar kehidupan..
Pahit manis bersama akan sentiasa terpahat dalam hati aien selagi hayat di kandung badan...
Susah utk mencari seorang teman yang rela menangis bersama kita ..
Tetapi, mudah utk mendapat kan kawan yg ingin bersuka ria..
Di sini aien kongsikan gambar-gambar kenangan bersama mereka..



Yg nie gambar masa aien menyertai explorace bagi pelajar ipta/s ...penat...melucukan pown ad...









yg nie pula gambar masa aien menyertai satu kelab sukarelawan kat tempat aien belajar..
XPDC mendaki gunung.... Huh !! Cam nak tercabut kaki..tp..i will miss the moment later ! :(
Korang memang da best..
Haa....yg nie pulak gambar masa aien form5... HaHa..zaman remaja la di katakan...macam-macam yg berlaku... Sedih..Happy... Sakit hati.. Semua ada..huhu.. Nie la buddy aien dulu... Tapi skunk dah susah nak jumpa..masing-masing busy utk mengejar cita-cita.. Termasuklah aien...hehe... Doakan kitaorang success taw... <3


Haha..yg nie la aien paling xleh bLah... Gara-gara nak g zoo...rela panjat pagar asrama.. Kenangan zaman sekolah is the most that i miss.. Sedih cgt taw...
Kerana kenakalan itulah aien sekarang lebih matured dari aien yg dulu.. Mungkin...
 Gambar atas dan kat bawah nie..bersama kawan-kawan kat IPT...
Apabila ke-tension-an melanda..macam-macam blh jd...kn? Nie pown masa kitaorang fedup nk wat tugasan la nie...haha.. Lawkorang sume nk share apaper..just post la tau.....? Blh kongsi-kongsi.. SHARING IS CARING!

SubhaNalLAh...ciPtaAn yG maHA esA.

Sungguh menyegarkan minda..
Kalau kwn-kwn rasa nk release tension..
Blh la g kat tempat mcm nie...
Mmg rasa tenang cgt.... :)





Suasana nie mase matahari nak terbit..kat kaki gunung...wonderful !

Nie la rupa matahari 2 time terbit..lawa kn......? Sesungguhnya..alam ciptaanNya ini tidak terbanding nilainya..
Kenapa kita harus 'memperbaikinya' lagi? Sudah terlalu elok bukan?

Thursday 4 August 2011

iSlaM e2 iNdaH...

ISLAM IS THE WAY..!
Islam sememangnya indah.. Kita hidup d dunia sebagai hambaNya. Menjadi khalifah di muka bumi ini. Kita hny manusia biasa, kadang-kala kita lalai menunaikan kewajipan kpd yg Esa.  Tetapi, Dia Maha Pengampun.. Bukankah begitu?

Islam tidak pernah membebankan kita,
malah ia mengajar kita sesuatu yang mungkin kita tidak akan pernah tahu.. Sentiasa tekadkan hati untuk terus berada di jalanNya...kerana kita hanyalah penghuni di alamNya ini.





Allah Maha Besar. Yg maha mengetahui segala sesuatu yg terjadi di muka bumi ini.
Dan Muhamad itu pesuruh Allah.