Thursday 19 July 2012

Hingga Tiba Saatnya.

Cinta yang lama sudah aku memorikannya agar tidak terus menjadi duri menikam hati kecilku. Kini..insan yang tak pernah ku harap kan..terus-terusan mengetuk jendela sanubari..
       Mengapa harus kau tiba di saat hati ku tertutup untuk terima cinta yang lain? Ya Allah...seandainya benar dia adalah jodohku.. Kau bukakan lah pintu hatiku untuk dirinya. kau kuatkan lah hatinya untuk terus mengetuk pintu hatiku. Walau terlewat, jika dia adalah untukku. Aku pasti akan bersamanya jua..nanti..
      Namun, andainya dia bukan untukku. kau jauhkan lah hatiku untuk menerimanya. Kau berilah dia seseorang yang bisa menjaga hatinya. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dirinya jua hidup nya.
Aku...hanya ingin seseorang yang bisa menerimaku seadanya. Yang mampu membuatkan aku merasakan aku adalah sempurna apabila berada disisinya. Bukannya seseorang yang sempurna untuk bergandingan denganku. Kerana..aku tahu..segala yang berlaku adalah kehendakMu.
Walau siapa pun jodoh ku..di mana pun dia berada.. Kau satukanlah hati kami jika benar dia yang terbaik untuk diriku.

Akan ku tunggu..hingga tiba saat itu.
Aku percaya. Segalanya sudah Kau aturkan. Aku hanya mampu merancang, Kau jualah yang menentukan.

No comments:

Post a Comment