Friday 15 November 2013

Mencari redha Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera aien ucapkan kepada semua blogwalker dan juga follower aien yang setia.

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk aien terus mencoretkan sedikit sebanyak post untuk dikongsi dengan sahabat semua. :)
 Dua tiga hari lepas, aien ada terjumpa satu blog, dan empunya blog itu telah pun kembali ke rahmatullah. Al-fatihah.. Yang membuatkan aien tertarik untuk terus membaca blognya, bukan kerana blognya cantik ( walhal memang cute blog laa.. ), tapi kerana post yang dikongsi untuk sahabat semua. Sekarang, blog itu di "handle" oleh mama  Allahyarhammah. Walaupun telah tiada di muka bumi ini sekian lama, tapi  Allahyarhammah sentiasa di ingati oleh rakan-rakan, keluarga, saudara dan tak terkecuali guru yang pernah mengajarnya.

Apakah aku juga akan sentiasa di ingati dan di kenang walaupun telah tiada nanti?
Semoga Allah membuka pintu hati kita semua untuk terus berada di jalanNya.. Jalan golongan yang diredhai. Aamiin..

Menggemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya, di dunia dan akhirat sana.  Sedangkan zuhudkan dunia itu  akan merehatkan tuannya di dunia dan akhirat. Subhanallah..
Untuk kawan-kawan yang ingin mengenali dengan lebih dekat siapakah yang aien maksudkan.. bolehlah mengunjungi blog Allahyarhammah Yasmin Johan Eusoffe @ Yasmin J Hunwick. --->




No comments:

Post a Comment