Saya harap tulisan ini mampu menyedarkan para suami.
En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke?
Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu..
isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana
dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.
En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah
lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul
tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum
kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila
bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu,
masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu
menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya
padamu.

En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..
Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila
mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2
mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih
memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah
cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu
sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.


En suami : .... tapi kan ustaz....
Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di
mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk
lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak fikir kalau bukan
kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat
awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia boleh
memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah
pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang
tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri
seperti dia.
No comments:
Post a Comment